Friday, November 16, 2012

Baru nak Timbul...

Lama betul aku lenyap dari menulis di blog ni...
Banyak yang berlaku selama aku berdiam ni.
30 julai ulangtahun aku, sambut dengan berbuka puasa di Hotel Singgahsana.
Alhamdulillah, mak dan adik2 dapat hadir.

28 September, aku selamat melahirkan anak keempat.
Faliq Shamir.

17hb Nov ni, genap 6 bulan kami berpoligami.
Read More

Tuesday, June 5, 2012

Memalukankah?

Sabtu pagi-pagi, selepas subuh, tangan check hp. Tengok ada PM.
Adussss.... pagi2 da rosakkan hari aku.

Plannya, pagi ni nak berkumpul ngan suami and honey kat kl Sentral. Nak bawak anak-anak naik express ke Ipoh n lunch at restoran simpang 3. then balik kl on the same day. Anak-anak aku yang boys, dah lama mintak nak naik choo choo train.

Semalam giliran Honey, so, aku suh je diorang tunggu kami kat KL Sentral. Aku akan bawak anak-anak n bibik, naik komuter dari Shah Alam ke KL Sentral.
Nasib aku dah mmg berjanji ngan anak-anak, kalau x mahu aku kensel je. Jiwa kacau,

Apa benda yang memalukan tu?
Konon2nya, masa kenduri tahlil awal minggu hari tu di kampung suami, sedara-mara (sebelah suami) telah memperkatakan topik hangat yang terkini. Kisah suami aku dan aku yang dimadukan.
Yang mengacau jiwa aku, ialah sepotong ayat dalam msj ni.

"KAMI SEMUA SETUJU YANG LONG TELAH MEMALUKAN KAK ERIN SEBAGAI ISTERI"

Aku betul2 tak faham. Bukan suami aku kahwin lari. Bukan suami aku membelakangkan aku dan ibu bapa dia. Bukan suami aku mengabaikan aku (InsyaAllah, mudah-mudahan suami tidak berubah; semuanya kuasa Allah jua). Apa yang telah dia malukan aku?

Memang sungguh2 tak faham.

Dan perkara ini menyebabkan hati aku sakit dan suram.

Komuter plak buat hal. Dua kali rosak. Masa naik komuter yang ketiga tu, mmg sah, x sempat kami sampai KL sentral sblm express ke Ipoh. Turun naik platform tukar komuter. Sakit jiwa gak + berpeluh2.

Aku beritahu anak sulong, hah, tengok, mcm ni le, orang yang hari2 pergi keje naik komuter terpaksa hadap. Dia amat beruntung, pergi sekolah, kenderaan berair-cond. Kelas ada aircond. Bilik aircond. Jalan sikit tak larat... (sempat khutbah kat anak, sebenarnya mengingatkan diri sendiri yang tengah panas membahang).

Last-last, ubah destinasi.
Ke taman burung KL je.

Sekurang-kurangnya anak-anak hepi.

Tanya anak aku yang no 2, abang, best tak naik train. Best jawabnya,
Nak naik lg tak. NANAK! dengan gelengan kepala yang mantap. :D

Balik: NO MORE KOMUTER.

Naik teksi ke stesen komuter utk amik kete.

p/s 1: tambang teksi -
dari sentral ke SS19 RM34.00
dari sentral ke bukit rimau RM52.00.
Padahal dari SS19 ke Bkt rimau, x sampai pun 10 minit.
So, suh honey anta suami and faza balik umah aku je. Tak payah naik teksi lain.

Sampai rumah kena rehat secukupnya coz movie nite. Suami da beli tiket.

p/s 2: lepas balik movie, malam tu, aku citer kat suami pasal msj tu. coz siang td dia asyik tanya nape aku muka penat. Dia ingatkan pasal turun naik komuter je.
Suami pesan, next time, suruh orang-orang tu semua, cakap direct dengan dia. Biar dia jawab.
Read More

Friday, June 1, 2012

Melaka: sendu menusuk kalbu

Selepas makan beradab, aku nak beransur pulang.
Tak larat sebab setiap kali nak bergambar, husband panggil aku sekali.
Dah le cuaca panas. Kalau cair lemak, best gak.

So, habis sesi bergambar selepas makan tu, aku, mak mentua, kawan mak mentua, dan anak2 naik kereta aku. Adik aku Nana dan mak aku, satu kereta lagi, bertolak ke Melaka. Suami hantar aku hingga ke kereta. Pesan aku supaya drive carefully and call him anytime.
Aku kata, nak call, u le call. I segan kacau pengantin. Dia kata, takpe. Call je.

Dalam perjalanan, mak mentua beritahu aku, sebelum balik tadi, dia panggil cik Honey masuk bilik, and dah beri sepatah dua kata.
Mak pesan Honey, jaga hati aku, jaga hubungan dengan aku, dan sentiasa ingat pengorbanan aku.
Mak kata, dia cakap benda yang sama gak dengan suami aku.

Kawan mak mentua aku, tanya macamana aku boleh kuat masa suami aku nikah sedangkan dia sedih sangat masa tu. Geram pun ada sebab tengok muka menyadin suami aku tu.

Aku bagitau cik A, suami aku baik. Lagipun, cik Honey cakap, sepanjang dia kawan dengan suami aku. Suami aku tak pernah berkata apa2 yang tak baik pada aku. Suami sentiasa bagitau dia, sayang sangat kat aku, tak sanggup kehilangan aku. Dia akan tunggu sampai dapat persetujuan aku, dan kalau Honey sanggup, dia boleh tunggu sampai aku setuju. Kalau kena pilih juga, suami tetap pilih aku.
p/s: itu honey bgtau aku. Tapi, aku memang tak kuasa suruh dia buat pilihan. (bab ni, aku akan cerita akan2 datang)

Apalagi kepastian yang aku perlukan, orang yang bakal jadi madu aku, telah menegaskan betapa suami aku sayang aku.

Mak aku sendiri pun kata, kau takde kurang apa pun Long. Dah memang M nak tambah isteri.
Kalau tak dengan Honey yang ni, maybe Honey yang lain. Hahahaha. Aku bagitau yang sama kat mak mentua dan kawan dia tu, bila mak mentua aku cakap, tak tau le apa lagi Long nak (kami sama2 anak sulong, so mak aku panggil aku Long, mak dia pun panggil dia Long). Ada isteri yang boleh bawa ke tepi ke tengah, serba serbi pandai...

Aku gurau cakap, dia nak isteri yang kena sorok2 plak mak.... Kuang3x.
(ini cerita lama, masa aku suruh dia fikir kalau kawin sorok2, tak bagitau famili, cik Honey kesian, tapi kalau dapat anak nanti, anak2 lagi kesian. Tak kenal atok, nenek and all the extended family. Boleh suami aku jawab, biarle, itu pilihan dia. Dia tau I suami U.)

Tak mudah untuk aku yakinkan suami kenapa aku letakkan syarat2 aku tu. Kenapa salah satu syarat penting yang wajib, aku nak suami beritahu mak bapak dia.
Aku tak heran suami dan cik Honey. Tapi aku pentingkan hati anak2. Yang dah ada, and yang bakal lahir, tak kira le dari aku atau cik Honey.

Alamak, tersasar plak cerita....

Bila sampai Melaka, nak angkat barang2 turun kereta...
Baru rasa syahdu.
Coz baru teringat, sini le tempat 1st date and date2 seterusnya....
Nostalgia giler and kesedihan melanda.
Tengok hp, ada missed call berkali2 dari suami.
Segan nak call semula.
Aku sms tanya nape.
Dia kata xde apa, saja call nak tau dah di mana.
Aku kata baru sampai Melaka. Tengah nak check in.
If honey x kisah, u call le nanti, bila I da sampai bilik, aku bgtau suami.

Baru sampai bilik, lom sempat duduk. HP blink lagi (aku silentkan hp).
Suami tanya aku penat ke? Yela, drive bawak anak2 tanpa dia. Budak2 tu, kalau ngan aku, memang kurang saman sikit. Aku kata ok. Budak2 main game.
Then dia cakap I love You so much more.
Dan aku diam....
Dia tanya, nape yang, u tak jawab? U tak sayang I dah ke?
Aku hang up and anta sms.

Aku sms dia.
Aku kata, bukan tak sayang. Tapi aku taknak menangis depan adik dan anak sulong aku.
Aku sayang dia. Cuma, sekarang terasa sangat sedih. 16 tahun dulu, aku takkan terfikir aku akan berada di jalan yang ini. Pada masa sama, sebenarnya, aku dapat PM ke2, yang juga menyayat hati aku bila baca.

Suami pujuk aku. Lagi.
Kesian dia. Asyik kena pujuk aku kan.
Nak buat camne. Dengan Hormon, dengan nostalgia, dengan PM. tak termasuk soalan2 cepumas yang bakal aku depani esok (keesokan hari ada kenduri nenek aku nak ke umrah).
tetiba, aku rasa letiiiiiiiiiiih sangat.


Read More

Cerita Makan Beradab (Petang: 18 Mei 2012)


Buah2 Hati + Pengarang Jantung - Sementara menanti kompang

Panas berdenting. Pengantin recycled, tak dapat payung,

Pengapit kena dera berpersalinan lengkap dan pakai pink

Makan beradab

dari kiri: Ibu mentuaku, suami kami, cik Honey, and mak aku

Adik bongsu Aku

Selepas solat Jumaat.

Tengah bersiap2 nak ke rumah pengantin untuk makan damai. Dapat pm yang menggugat hati dan jiwa.

M perasan perubahan muka aku. Sibuk bertanya.

Sebak di dada, banjir di hati mula nak merembes keluar.

Aku tak berdaya menahan. Tumpah juga air mata di depan suami aku.

Ini ceritanya:
Selepas suami berterus-terang, dan selepas aku dengan ikhlas terima Honey dalam hidup kami.
Aku telah buang semua perkara yang lepas2 dari ingatan.
Tak mudah, tapi Alhamdulillah, diizinkan Allah.

Apa pun pengorbanan aku, penipuan suami, segala sakit hati, aku telah buang jauh2.
Aku tekad nak mula hidup baru. Buka buku baru.

PM tu, telah mengungkit semua yang aku telah lakukan untuk suami dari zaman kami belajar lagi.
Mengungkit hal ibu dan bapa mentua aku.
Aku faham, dia rasa ketidakadilan telah diperlakukan terhadap aku.

Tetapi, percayalah. Allah Maha Adil.
Aku tak harap keadilan daripada manusia.
Kebaikan di beri, insyaAllah, kebaikan akan aku terima. Mungkin bukan dari orang yang aku berlaku baik. Tapi aku yakin janji Allah.

So, sesi pujuk memujuk yang memangnya kehandalan suami aku tu telah berlangsung.
Bila teringat nak gelak pun ada....

Atas2 tu, gambar-gambar majlis selepas solat Jumaat.
Majlis semuanya berlangsung pada hari yang sama.

Cik abang ngan pengapit dia terselamat, walaupun cik Honey orang Johor gak, tapi kali ni takde tol, takde sesi pengapit kena bersilat ke apa...





Read More

Saturday, May 26, 2012

Selepas Akad Nikah

Selepas akad nikah.
Kami dijamu dengan lontong darat.
Apa lontong darat ni?

Main dish ialah, Nasi impit. Boleh dimakan bersama kuah kacang, sambal goreng jawa, sambal sotong, serunding, rendang ayam dan daging. Nak letak semua pun boleh, Tapi aku suka letak serunding, rendang ayam dan sambal goreng jawa.
Menu ni, permintaan aku ye....

Yang tak minat boleh makan nasi beriani BP.

Gambar makanan sume tak ambik. Sebab, photographer lupa.



itu je la gambo yang ada waktu makan lepas nikah





















Lepas makan2 ni, aku balik ke hotel ngan husband kami. And dia siap2 ke solat jumaat.
Read More

Friday, May 25, 2012

Cerita Tentang Majlis

17 Mei 2012

Bergerak  ke Batu Pahat selepas maghrib.
kawan M drive kereta.
Sampai di BP, stay at hotel Katerina.

M bengang. Duit hantaran n mas kahwin, dah bank in lama, cik honey lupa nak keluarkan.
Malam nikah kena marah plak cik honey aku tu.
So, aku tolong tuliskan cheque. Of course le laki aku tu yg sain.





















Almost 2am, baru le tido

18 Mei 2012

Pagi bangun, siapkan diri aku dulu.
Then, kejut pengantin baru yang lama tu.
Then kejut anak perempuan aku.
The boys, aku pesan, biar diorg tidor je....

Berkumpul di lobi hotel, kul 9pg. Nikah 9.30 nanti.

M saja suruh kawan2 dia sume pakai baju melayu siap bersampin. Pengapitnye, diwajibkan bertanjak. Sampai org hotel pun tanya mana satu pengantin.

On the way, call keluarga cik honey to tell them kitaorg dah nak sampai.
tapi, bila sampai, takde orang sambut pun...
Beza dengan masa aku nikah dulu. Mak M pun cakap. Keluarga aku n jiran-jiran, penuh di laman menyambut keluarga lelaki.
M nak masuk dalam terus, aku tahan. Sabar2 Yang aku cakap, orang tak jemput, takkan kita masuk.

At last, abang ipar dia keluar. Baru le kami masuk.

And the photos as follows:


Pengapit yang kacak dan segak. Bujang 4.





















Bersama mother in law





















Pernikahan


























.
Read More

Tuesday, May 22, 2012

Gambar dulu...

                                             Bergambar sebelum ke rumah pengantin



                                             The three of us



                                              With my eldest daughter



                                              Me n Honey


                                             My mum, husband, honey and mum in law
Read More

Thursday, May 17, 2012

Esok Bakal Tiba

Cerita 7 Mei, tak sempat tulis. Busy dengan segala persiapan kerana tarikh yang diminta keluarga pihak perempuan, dekat sangat....

Entry ini, aku tulis nak jawab soalan2 yang selalu aku dapat. Even kaunselor di pejabat Agama pun.

Macamana aku boleh terima....

Kita selalu tahu yang hidup pastinya ada naik dan turun. Berdepan dengan segala masalah dan perkara2 yang menakutkan kita, kita kena membuat pertimbangan dan keputusan.

Sebagai manusia, kadang2 kita akan buat bad decisions, tapi kita akan belajar tentang kesannya.

Pada saat aku dalam situasi yang amat susah/perit untuk diceritakan.
Pada saat aku berdepan dengan keadaan yang payah untuk aku telan, segala keputusan yang aku buat bukan bersandarkan dengan semata-mata atas perasaan aku sendiri.

Aku ingat pesan mak. Fikir panjang2. Masih ada tak perasaan sayang. Kalau ada, sabarlah dan pohon kekuatan dari Allah. Jika dah berdoa, dan rasa, takde perasaan sayang, tinggalkanlah dengan hati tenang. Tapi kalau kau kawin lain, mak bela anak perempuan kau. Kuang3x. :D

Teringat pesan arwah abah.
Dalam hidup, semua orang pasti akan perlu berkorban bila dah sampai tika dan saatnya.
Mungkin pengorbanan bagi kehidupan aku adalah dengan memaafkan dan terus stay in this marriage.

Hanya diri aku sendiri yang akan mendapat the most benefits dari experience ni. Kerana hanya aku sahaja yang faham benar2 erti pengorbanan yang aku pilih.
Mungkin perjalanan hidup aku nampak sukar, tapi masih boleh aku terima, kerana perjalanan ini memang Allah dah tailor made untuk aku.
Kan Allah dah kata, Dia tak akan beri ujian yang tak dapat kita tanggung....

Orang lain mungkin akan buat keputusan yang berbeza bila berhadapan dengan apa yang aku hadapi.


Memang dalan hidup, kita ada pilihan. Dan pilihan aku adalah pengorbanan ini. Aku terima segalanya dengan redha.
Pengorbanan datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin pada penglihatan orang, aku tak dapat apa2 faedah langsung. Tapi aku happy sebab semua orang happy.
Aku happy sebab anak2 happy.
Aku happy sebab aku dapat rasakan pengorbanan aku amat dihargai.
Suami kata, he loves me more and more. No one can ever take my place as the no 1 in his heart.

(aku pernah joke ngan husband, mesti sentiasa sebut aku no 1, coz aku bukan tua untuk digelar bini tua. Si dia tu hanya muda 10 bulan 23 hari dari aku. tak bole kata aku wife lama and dia tu wife baru, coz aku bukan ex dia k. I am no 1. Hahahaha...)

Dan jawapan yang paling penting, aku boleh terima sebab aku bersyukur. Aku bersyukur sebab suami aku memilih untuk tidak menceraikan aku. Aku masih sayang sangat dekat dia. Dan dia pun begitu juga. Dia kata takde siapa boleh replace tempat aku. And cik honey aku anggap, melengkapkan lagi kehidupan kami. Dah takdirNya, kami sayang orang yang sama.

Kami nampak kelebihan husband yang orang lain tak nampak.

Esok, tarikh nikah husband aku. hari ni aku cuti half day untuk kemas2 barang and final check. Petang ni mak mentua aku akan sampai. Hanya dia dari belah suami. Itupun dia berat sebenarnya nak pergi, tapi aku pujuk mak, then pujuk abah husband untuk izinkan mak pergi....

Kesian suami aku, setakat aku dan kawan2 dia je. Kesian gak cik honey.... Kenduri kawin tanpa kehadiran keluarga bakal mentua.

Malam ni, kami akan bertolak ke BP.

Harapan aku semoga semuanya berjalan lancar.
Read More

Thursday, May 3, 2012

Reminder For Me

  1. Never lose your capacity for enthusiasm.
  2. Never lose your capacity for indignation.
  3. Never judge people -- don't type them too quickly.  But in a pinch never first assume that a man is bad; first assume that he is good and that, at worst, he is in the gray area between bad and good.
  4. Never be impressed by wealth alone or thrown by poverty.
  5. If you can't be generous when it's hard to be, you won't be when it's easy.
  6. The greatest builder of confidence is the ability to do something -- almost anything -- well.
  7. When confidence comes, then strive for humility; you aren't as good as all that.
  8. The way to become truly useful is to seek the best that other brains have to offer.  Use them to supplement your own, and be prepared to give credit to them when they have helped.
  9. The greatest tragedies in the world and personal events stem from misunderstandings.  So communicate!
by: Gordon Dean
Read More

Hujung Minggu Yang Panjang

Cuti panjang sebab 30hb aku amik leave.
Plan nak ke wedding anak auntie Nani on 29.
Tapi, apakan daya, tonsil aku bengkak plus fever. M suh rehat n tidur.
Sebab preggy. Aku dapat panadol n ubat spray tekak je.
Doktor nak beri antibiotik. Aku xnak.

M dah lama suruh book Goldcoast Morib. Coz ada theme park n dekat la dr nak ke PD.
Tp, mmg azab. Dengan aku yg x berapa sihat, orang yg ramai masa nak check in.
Kul 2 checkin, kul 5, masih x dapat bilik.
Last2, aku cakap, beri jela bilik yang x kemas lagi tu.... At least boleh aku nak baringkan badan, n nak letak sume barang2.
Dahle anak2 sibuk nak berkubang.

Sampai2 bilik, kami dapat tangkap housekeeping staff yg tengah nak menolak trolley, so, mintak diorg siapkan bilik kitaorg dulu.
Done!

Now, check apa yang dijanjikan...
Kekecewaan yg amat, tv xde astro. Mmg la buat false advertisement.
Tipu.
So, next day, kul 8 pagi bagi anak2 berkubang sampai petang, then we checkout late afternoon. Padahal dah fully paid sampai esok.
Sebabnya, ada hantu TV+bola yg nak balik umah tgk man u vs man city.
Padan muka man u kalah! Lagipun Faaz, keluar2 kolam, mintak nak tengok kartun. Mana nak goyang.
Read More

Wednesday, April 25, 2012

Persetujuan Poligami

Semalam, pergi mahkamah tinggi syariah di Shah Alam.
Sebutan kes permohonan poligami husband kesayangan aku.

Pergi awal. Ingatkan, sampai dulu, dipanggil dulu.
Rupa-rupanya, ada giliran. Dalam surat kata pukul 9 pagi. Tapi hampir 11 pagi baru tiba giliran.
Tak boleh membaca, tak boleh makan dan minum dalam dewan bicara.
Maka, jadile penonton bisu.
Mendengar segala kes orang...
Berdebar2 gak hati. Apa hakim nak tanya.
Dah sah2 aku dah sain menandakan persetujuan aku atas permohonan suami.

Alhamdulillah... bila sampai giliran, semua orang dah abis.
Tinggal  kami je.
Sekurang-kurangnya, takde lah orang mendengar kes aku kecuali Hakim dan pegawai mahkamah.

Bila nombor kes disebut.
Nama dipanggil.
Kami berdua pun ke depan.

Husband beri salam.
Hakim tanya apa kes dia.
M bagitau, permohonan berpoligami.
Then hakim tanya aku, aku setuju ke. Aku jawab setuju.
Hakim kata, dia ada soalan2 nak tanya, suruh keluar dulu pergi breakfast/lunch and datang balik pukul 11.30pagi.

11.30pagi, masuk kembali ke dewan 3.
Rupa2nya ada kes bicara sementara kami keluar tadi. Kes tuntutan harta sepencarian.

Dekat 11.55pg baru tiba giliran kami semula.
Ke depan semula.
Sebut balik kes apa.
Then, Hakim tanya, sebab...
M baca yang dia tulis dalam borang (aku yg beri jawapan tu masa M isi borang; jawapan aku/suami: untuk menghalalkan hubungan)
Aku ada suruh dia tambah, menambah umat Muhammad S.A.W (dia jawab, kalau dia tu dpt anak.)
So, tak tulis lah sebab yg tu dlm borang.
Then Hakim tanya pekerjaan, jawatan, dan segala bagai soalan yang memang dah tertulis jawapannya di borang tu.
Tanya status cik Honey. M tak berapa dengar/tak faham/tak dapat tangkap soalan. So aku yang jawab. Anak dara.

Then giliran aku.
Hakim tanya, betulke setuju.
Aku jawab, setuju Yang Arif.
Setuju dengan pembahagian hari dan nafkah. Setuju Yang Arif.
Pastu, Hakim ckp,betul ke ni setuju? Senangnya setuju? Takde paksaan?
Aku jawab tidak.

Dia tanya kenapa senang sangat setuju.
Aku kata, takle senang. Tapi sebab dah jumpa, n boleh terima, so aku izinkan.
Dia tanya ada gaduh tak. Aku tanya balik, gaduh dengan siapa, hakim tanya dgn cik honey. Aku jawab takdela. (If dia tanya dengan suami, selalu lah jawabnya....hehehee, gaduh manja)

Then dia ckp, untungnya suami awak.
Aku jawab, Yang Arif beritahu lah dia.
Then dia tanya, ada apa lagi aku nak cakap.
Aku kata mintak segera coz kalau boleh nak semuanya selesai before Ramadhan.
Hakim tanya kenapa.
Aku bgtau, tahun ni raya giliran johor, so senang.
Lagipun, kalau lepas raya, aku dah sarat sangat.

Mcm2 la jugak hakim ni tanya. Pasal tempat tinggal la.
Then dia tetapkan, 7 May nanti, tarikh bawak cik honey and wali ke mahkamah. Dia ada soalan nak tanya.
Mmmmmmmm....

Sebelum tamat sebutan, dia beritahu suami, kes suami straight forward, sebab isteri setuju semuanya. Dah nikah nanti, jangan abaikan isteri yang ada ni. (p/s: so boleh lah abaikan cik honey? wakakaka)



Read More

Wednesday, March 28, 2012

Keempat

Pregnancy kali ni, lain ragamnya.
Penat tak sudah-sudah. Padahal, apa je keje yang aku buat?
Malam, tidur awal giler. Pukul 6 petang aku dah mengantuk ya amat.
Perut lapar, tapi tidur lagi penting.

Macam-macam aku teringin, tapi kena dapatkan secepat mungkin.
Lambat je, dah tak nak pulak.

Mood dan semangat memasak, takde langsung.





Read More

Wajah KesayanganKu... 3F


Faaz

Faiz

Faza
Penyejuk hati dan jiwa.
Penawar ketika luka.
Read More

Tuesday, March 27, 2012

RIndu ke?

Cik Honey sms aku.
Tanya khabar...
Aku check, last bersms 26feb aritu....

Aik... takkan rindu kat aku kot?
Read More

Menghitung Hari ....

Menghitung hari kedatangan orang baru.
Baby baru by end of September or early October.
Cik Honey bakal menjadi keluarga... soon kot.
Biasala, bab bertangguh dan melembab, berila pada husband aku tu.

Cik honey pon relax je.... Tak push cik abang tu.
Tp aku harap before aku sarat barat nanti, coz aku harap cik honey drive aku g keje.

Latest update, M cite, baru dapat signature pengesahan from kadhi.
HIV test, borang pun tak ambil lagi.
Tahniah!!! Dahle tak tanya prosedur masa pergi pejabat agama tu. Memang patutle borang permohonan kena reject.
Sesuka hati je nak wat HIV test kat swasta.

Aku bagitau dia, the prosedur, siap tanya aku, camtu ke?
Aku kata, ye lah.
And aku tanya dia, eh! Siapa yang nak kawin ni? I ke U?
Read More
Powered by Blogger.