Friday, June 1, 2012

Cerita Makan Beradab (Petang: 18 Mei 2012)


Buah2 Hati + Pengarang Jantung - Sementara menanti kompang

Panas berdenting. Pengantin recycled, tak dapat payung,

Pengapit kena dera berpersalinan lengkap dan pakai pink

Makan beradab

dari kiri: Ibu mentuaku, suami kami, cik Honey, and mak aku

Adik bongsu Aku

Selepas solat Jumaat.

Tengah bersiap2 nak ke rumah pengantin untuk makan damai. Dapat pm yang menggugat hati dan jiwa.

M perasan perubahan muka aku. Sibuk bertanya.

Sebak di dada, banjir di hati mula nak merembes keluar.

Aku tak berdaya menahan. Tumpah juga air mata di depan suami aku.

Ini ceritanya:
Selepas suami berterus-terang, dan selepas aku dengan ikhlas terima Honey dalam hidup kami.
Aku telah buang semua perkara yang lepas2 dari ingatan.
Tak mudah, tapi Alhamdulillah, diizinkan Allah.

Apa pun pengorbanan aku, penipuan suami, segala sakit hati, aku telah buang jauh2.
Aku tekad nak mula hidup baru. Buka buku baru.

PM tu, telah mengungkit semua yang aku telah lakukan untuk suami dari zaman kami belajar lagi.
Mengungkit hal ibu dan bapa mentua aku.
Aku faham, dia rasa ketidakadilan telah diperlakukan terhadap aku.

Tetapi, percayalah. Allah Maha Adil.
Aku tak harap keadilan daripada manusia.
Kebaikan di beri, insyaAllah, kebaikan akan aku terima. Mungkin bukan dari orang yang aku berlaku baik. Tapi aku yakin janji Allah.

So, sesi pujuk memujuk yang memangnya kehandalan suami aku tu telah berlangsung.
Bila teringat nak gelak pun ada....

Atas2 tu, gambar-gambar majlis selepas solat Jumaat.
Majlis semuanya berlangsung pada hari yang sama.

Cik abang ngan pengapit dia terselamat, walaupun cik Honey orang Johor gak, tapi kali ni takde tol, takde sesi pengapit kena bersilat ke apa...





2 comments:

FaZa said...

Dugaan semua tu. Sampai bila-bila pun akan ada. Yang penting baju ko vogue. Segak bergaya..yeehaaa!

Rin said...

Wajib wei.... Tu belum keluar lagi baju raya nanti...

Post a Comment

Powered by Blogger.