Tuesday, June 5, 2012

Memalukankah?

Sabtu pagi-pagi, selepas subuh, tangan check hp. Tengok ada PM.
Adussss.... pagi2 da rosakkan hari aku.

Plannya, pagi ni nak berkumpul ngan suami and honey kat kl Sentral. Nak bawak anak-anak naik express ke Ipoh n lunch at restoran simpang 3. then balik kl on the same day. Anak-anak aku yang boys, dah lama mintak nak naik choo choo train.

Semalam giliran Honey, so, aku suh je diorang tunggu kami kat KL Sentral. Aku akan bawak anak-anak n bibik, naik komuter dari Shah Alam ke KL Sentral.
Nasib aku dah mmg berjanji ngan anak-anak, kalau x mahu aku kensel je. Jiwa kacau,

Apa benda yang memalukan tu?
Konon2nya, masa kenduri tahlil awal minggu hari tu di kampung suami, sedara-mara (sebelah suami) telah memperkatakan topik hangat yang terkini. Kisah suami aku dan aku yang dimadukan.
Yang mengacau jiwa aku, ialah sepotong ayat dalam msj ni.

"KAMI SEMUA SETUJU YANG LONG TELAH MEMALUKAN KAK ERIN SEBAGAI ISTERI"

Aku betul2 tak faham. Bukan suami aku kahwin lari. Bukan suami aku membelakangkan aku dan ibu bapa dia. Bukan suami aku mengabaikan aku (InsyaAllah, mudah-mudahan suami tidak berubah; semuanya kuasa Allah jua). Apa yang telah dia malukan aku?

Memang sungguh2 tak faham.

Dan perkara ini menyebabkan hati aku sakit dan suram.

Komuter plak buat hal. Dua kali rosak. Masa naik komuter yang ketiga tu, mmg sah, x sempat kami sampai KL sentral sblm express ke Ipoh. Turun naik platform tukar komuter. Sakit jiwa gak + berpeluh2.

Aku beritahu anak sulong, hah, tengok, mcm ni le, orang yang hari2 pergi keje naik komuter terpaksa hadap. Dia amat beruntung, pergi sekolah, kenderaan berair-cond. Kelas ada aircond. Bilik aircond. Jalan sikit tak larat... (sempat khutbah kat anak, sebenarnya mengingatkan diri sendiri yang tengah panas membahang).

Last-last, ubah destinasi.
Ke taman burung KL je.

Sekurang-kurangnya anak-anak hepi.

Tanya anak aku yang no 2, abang, best tak naik train. Best jawabnya,
Nak naik lg tak. NANAK! dengan gelengan kepala yang mantap. :D

Balik: NO MORE KOMUTER.

Naik teksi ke stesen komuter utk amik kete.

p/s 1: tambang teksi -
dari sentral ke SS19 RM34.00
dari sentral ke bukit rimau RM52.00.
Padahal dari SS19 ke Bkt rimau, x sampai pun 10 minit.
So, suh honey anta suami and faza balik umah aku je. Tak payah naik teksi lain.

Sampai rumah kena rehat secukupnya coz movie nite. Suami da beli tiket.

p/s 2: lepas balik movie, malam tu, aku citer kat suami pasal msj tu. coz siang td dia asyik tanya nape aku muka penat. Dia ingatkan pasal turun naik komuter je.
Suami pesan, next time, suruh orang-orang tu semua, cakap direct dengan dia. Biar dia jawab.

2 comments:

MsXyda TuLyza れおたいが said...

u really something special, i wish when i get married i'll be as tough as u if my future husband intend to get married once again.. SALUTE!

sweetkurma said...

abaikan jer rin, kalau nak ikut or dengar cakap orang sampai bila pun tak kan ada yang puas

Post a Comment

Powered by Blogger.