Thursday, May 17, 2012

Esok Bakal Tiba

Cerita 7 Mei, tak sempat tulis. Busy dengan segala persiapan kerana tarikh yang diminta keluarga pihak perempuan, dekat sangat....

Entry ini, aku tulis nak jawab soalan2 yang selalu aku dapat. Even kaunselor di pejabat Agama pun.

Macamana aku boleh terima....

Kita selalu tahu yang hidup pastinya ada naik dan turun. Berdepan dengan segala masalah dan perkara2 yang menakutkan kita, kita kena membuat pertimbangan dan keputusan.

Sebagai manusia, kadang2 kita akan buat bad decisions, tapi kita akan belajar tentang kesannya.

Pada saat aku dalam situasi yang amat susah/perit untuk diceritakan.
Pada saat aku berdepan dengan keadaan yang payah untuk aku telan, segala keputusan yang aku buat bukan bersandarkan dengan semata-mata atas perasaan aku sendiri.

Aku ingat pesan mak. Fikir panjang2. Masih ada tak perasaan sayang. Kalau ada, sabarlah dan pohon kekuatan dari Allah. Jika dah berdoa, dan rasa, takde perasaan sayang, tinggalkanlah dengan hati tenang. Tapi kalau kau kawin lain, mak bela anak perempuan kau. Kuang3x. :D

Teringat pesan arwah abah.
Dalam hidup, semua orang pasti akan perlu berkorban bila dah sampai tika dan saatnya.
Mungkin pengorbanan bagi kehidupan aku adalah dengan memaafkan dan terus stay in this marriage.

Hanya diri aku sendiri yang akan mendapat the most benefits dari experience ni. Kerana hanya aku sahaja yang faham benar2 erti pengorbanan yang aku pilih.
Mungkin perjalanan hidup aku nampak sukar, tapi masih boleh aku terima, kerana perjalanan ini memang Allah dah tailor made untuk aku.
Kan Allah dah kata, Dia tak akan beri ujian yang tak dapat kita tanggung....

Orang lain mungkin akan buat keputusan yang berbeza bila berhadapan dengan apa yang aku hadapi.


Memang dalan hidup, kita ada pilihan. Dan pilihan aku adalah pengorbanan ini. Aku terima segalanya dengan redha.
Pengorbanan datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin pada penglihatan orang, aku tak dapat apa2 faedah langsung. Tapi aku happy sebab semua orang happy.
Aku happy sebab anak2 happy.
Aku happy sebab aku dapat rasakan pengorbanan aku amat dihargai.
Suami kata, he loves me more and more. No one can ever take my place as the no 1 in his heart.

(aku pernah joke ngan husband, mesti sentiasa sebut aku no 1, coz aku bukan tua untuk digelar bini tua. Si dia tu hanya muda 10 bulan 23 hari dari aku. tak bole kata aku wife lama and dia tu wife baru, coz aku bukan ex dia k. I am no 1. Hahahaha...)

Dan jawapan yang paling penting, aku boleh terima sebab aku bersyukur. Aku bersyukur sebab suami aku memilih untuk tidak menceraikan aku. Aku masih sayang sangat dekat dia. Dan dia pun begitu juga. Dia kata takde siapa boleh replace tempat aku. And cik honey aku anggap, melengkapkan lagi kehidupan kami. Dah takdirNya, kami sayang orang yang sama.

Kami nampak kelebihan husband yang orang lain tak nampak.

Esok, tarikh nikah husband aku. hari ni aku cuti half day untuk kemas2 barang and final check. Petang ni mak mentua aku akan sampai. Hanya dia dari belah suami. Itupun dia berat sebenarnya nak pergi, tapi aku pujuk mak, then pujuk abah husband untuk izinkan mak pergi....

Kesian suami aku, setakat aku dan kawan2 dia je. Kesian gak cik honey.... Kenduri kawin tanpa kehadiran keluarga bakal mentua.

Malam ni, kami akan bertolak ke BP.

Harapan aku semoga semuanya berjalan lancar.

6 comments:

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

semoga hidup awak sekeluarga sentiasa dirahmati Allah :)

siti said...

alhamdulillah, semoga semuanya lancar....aamminn..u re the best n u still no. 1 and i hope i will be forever no. 2 heeee

Kasih Nur Ain said...

yer..Rin..sapa yang tahu erti pengorbanan tu..dia akan memahami...kasih syg bukan dinilai dgn dia ada kita, kita ada dia..tidak...kasih syg akan lahir dari pengorbanan yg kita buat...besar pengorbanan kita besar la kasih syg yg kita rasa...
kita bukan bermain soal hati semata2, tp soal kehidupan, soal org sekeliling..klu cik Hoeny (now Puan mungkin) pelengkap rumahtangga ko...maka suburkan la dgn kasih syg dan kehormonian..aku tahu kau mampukan..kalau tak ..takkan kau seghairah ini nak terima honey...moga honey ko menjadi ubat dalam kelukaan ko....syg ko...

Azman said...

Semoga berjalan dengan sempurna..

Rin said...

Alhamdulillah. Semua sudah selamat.
Perasaan semasa, sebelum (waktu tolong dia bersiap), dan selepas bernikah. Ada pelbagai. Lebih2 lagi apabila dapat msj and pertanyaan yang menyehtuh jiwa. Akan saya updet pada entri selepas ini.

Terima kasih semua, atas segala doa dan sokongan.

sarahhanis said...

salam.. kuatnyer semangat akak..
boleh minta nasihat x ?
saya pun sama mcm akak cuma saya bukan yg pertama dan saya sedang ragu dgn phubungan kami.

Post a Comment

Powered by Blogger.