Wednesday, April 25, 2012

Persetujuan Poligami

Semalam, pergi mahkamah tinggi syariah di Shah Alam.
Sebutan kes permohonan poligami husband kesayangan aku.

Pergi awal. Ingatkan, sampai dulu, dipanggil dulu.
Rupa-rupanya, ada giliran. Dalam surat kata pukul 9 pagi. Tapi hampir 11 pagi baru tiba giliran.
Tak boleh membaca, tak boleh makan dan minum dalam dewan bicara.
Maka, jadile penonton bisu.
Mendengar segala kes orang...
Berdebar2 gak hati. Apa hakim nak tanya.
Dah sah2 aku dah sain menandakan persetujuan aku atas permohonan suami.

Alhamdulillah... bila sampai giliran, semua orang dah abis.
Tinggal  kami je.
Sekurang-kurangnya, takde lah orang mendengar kes aku kecuali Hakim dan pegawai mahkamah.

Bila nombor kes disebut.
Nama dipanggil.
Kami berdua pun ke depan.

Husband beri salam.
Hakim tanya apa kes dia.
M bagitau, permohonan berpoligami.
Then hakim tanya aku, aku setuju ke. Aku jawab setuju.
Hakim kata, dia ada soalan2 nak tanya, suruh keluar dulu pergi breakfast/lunch and datang balik pukul 11.30pagi.

11.30pagi, masuk kembali ke dewan 3.
Rupa2nya ada kes bicara sementara kami keluar tadi. Kes tuntutan harta sepencarian.

Dekat 11.55pg baru tiba giliran kami semula.
Ke depan semula.
Sebut balik kes apa.
Then, Hakim tanya, sebab...
M baca yang dia tulis dalam borang (aku yg beri jawapan tu masa M isi borang; jawapan aku/suami: untuk menghalalkan hubungan)
Aku ada suruh dia tambah, menambah umat Muhammad S.A.W (dia jawab, kalau dia tu dpt anak.)
So, tak tulis lah sebab yg tu dlm borang.
Then Hakim tanya pekerjaan, jawatan, dan segala bagai soalan yang memang dah tertulis jawapannya di borang tu.
Tanya status cik Honey. M tak berapa dengar/tak faham/tak dapat tangkap soalan. So aku yang jawab. Anak dara.

Then giliran aku.
Hakim tanya, betulke setuju.
Aku jawab, setuju Yang Arif.
Setuju dengan pembahagian hari dan nafkah. Setuju Yang Arif.
Pastu, Hakim ckp,betul ke ni setuju? Senangnya setuju? Takde paksaan?
Aku jawab tidak.

Dia tanya kenapa senang sangat setuju.
Aku kata, takle senang. Tapi sebab dah jumpa, n boleh terima, so aku izinkan.
Dia tanya ada gaduh tak. Aku tanya balik, gaduh dengan siapa, hakim tanya dgn cik honey. Aku jawab takdela. (If dia tanya dengan suami, selalu lah jawabnya....hehehee, gaduh manja)

Then dia ckp, untungnya suami awak.
Aku jawab, Yang Arif beritahu lah dia.
Then dia tanya, ada apa lagi aku nak cakap.
Aku kata mintak segera coz kalau boleh nak semuanya selesai before Ramadhan.
Hakim tanya kenapa.
Aku bgtau, tahun ni raya giliran johor, so senang.
Lagipun, kalau lepas raya, aku dah sarat sangat.

Mcm2 la jugak hakim ni tanya. Pasal tempat tinggal la.
Then dia tetapkan, 7 May nanti, tarikh bawak cik honey and wali ke mahkamah. Dia ada soalan nak tanya.
Mmmmmmmm....

Sebelum tamat sebutan, dia beritahu suami, kes suami straight forward, sebab isteri setuju semuanya. Dah nikah nanti, jangan abaikan isteri yang ada ni. (p/s: so boleh lah abaikan cik honey? wakakaka)



15 comments:

FIERA said...

Kak sungguh kuat semangat akak, harap akak dikurniakan kebahagiaan dan rezeki daripada Allah untuk isteri yang baik macam akak

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

sedihnya...tak terkata. tabahnya awak :) sy doakan yg terbaik buat awak ...

Rin said...

Fiera, kena redha dgn apa yang dah Allah tentukan. Sekadar berkongsi... Kalau Allah ambil nyawa suami, lagi xde suami. Sian anak2 dan akak.... :)

Sue, jgn sedih2. Terima kasih atas doa. Doakan saya sentiasa tabah dan redha dengan segala ujian Allah.

FIERA said...

kak, actuallykan fira ada problem nak mengandung, so fira kesian dekat suami, terfikir nak suruh dia kahwin lain kak, entahlah macam mane nak cari kekuatan macam akak....

Rain said...

salam..sy dpt link ni dr auntie nani nye blog and ni 1st entry yg sy nampak ttg poligami..sy sgt tabik spring kat puan Rin sbb sgt tabah dlm menghadapi ujian ini.mungkin sbb puan Rin amat menyayangi suami dan anak2 menyebabkan puan mempunyai kekuatan spt itu.sy pasti bt pertama kali puan mengetahui ttg suami puan menduakan puan Rin mesti rase spt hati ni di siat2 atau spt kaca yg pecah berderai.tp dgn semangat dan ketabahan yg ade pada puan sy amat kagum kerna puan boleh menghadapinya secara profesional sekali. saya harap puan bahagia slalu walaupun kasih di bahagi namun masih ada yang menyayangi puan.

FaZa said...

Keredhaan...tidak perlu difahami. Hanya dapat dirasai melalui keikhlasan hati yang mengalami.

Rin said...

Dear, banyakkan berdoa. Allah Maha Mengetahui. Dan kak erin mmg pegang yg Allah takkan beri ujian yang tidak boleh kita hadapi.

Jangan putus berusaha. Kak erin pun dulu tak mudah nak dapat anak. Keguguran lagi banyak dari bersalin. Cita2 nak anak ramai, ni umur dah nak expired baru nak dapat anak keempat.

Rin said...

Salam Rain,
Husband pernah tanya, kenapa kak erin tak mengamuk, baling2 barang n yang seangkatan dengannya. :D
Kak erin jawab, sebab dia memang beruntung. Allah dah anugerahkan kasih sayang kepada dia yang terlalu banyak melalui hati kak erin.
Tapi kak erin minta dia doa, agar Allah kekalkan kasih sayang ni, supaya jangan hilang. Kak erin gunakan sayang ni untuk tampal segala luka dan pedih di hati.
Pada masa yang sama, mmg kak erin buat solat hajat minta kekuatan dan lapangkan dada.
Setiap yang Allah tentukan ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah.

Rin said...

Aku mmg pernah bagitau M, jangan pertikaikan keikhlasan aku. Apa2 pun syarat yang aku letakkan adalah untuk masa depan kami, especially anak2.
Masa Hakim tanya tu, nak je aku jawab, belahlah dada, tengoklah hati. Kuang3x. Buat apa aku nak laung2kan keikhlasan. Allah dan Anom tau aku ikhlas, cukuplah.

Kasih Nur Ain said...

Rin...aku tahu ko kuat orgnya...ko tetap cantik menawan dihati aku..apa yang aku harapkan moga M terus disamping ko walau ada cik honey...tolong miss cll aku..no ko hilang..sbb mlm td hp aku jatuh terus rosak semua no hilang..plsss

siti said...

alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT...take care sis...miss u so much....

puanbee said...

ya allah , saya sayu betul baca kisah ni ,

kenapa ya ..

adoi ,,tk terkata , kak rin memang sabar betul , semoga suami kak rin menghargai semua apa yang akk buat sekarang ..

(sy dpt link dr blog sweetkurma)

Rin said...

Puan Bee, saya baca entri puan bee. InsyaAllah. itu harapan kak erin gak.
Apa-apa pun, semua datang dari Allah... boleh mintak pada DIA saja.
Husband pon kena banyak2 doa. kalau Allah palingkan hati kak erin dr hsbd, lagi payah. Kita pompuan xley kawin lebih satu. hahahaha

Rin said...

kak Rok, Miss u too...
Dah lega2 sume, ley lepak2 tengok gambar nanti ye...
Tak sabar saya nak amik baju kat tailor petang ni. Eh, sape yang nak nikah lagi ni, saya ke? Over la plak.... LOL.

Rin said...

Aida, bebila ko free, roger la aku.... maksud aku bila ko sorang2 xde benda, ley join aku sumbangkan suara...

Post a Comment

Powered by Blogger.