Selepas makan beradab, aku nak beransur pulang.
Tak larat sebab setiap kali nak bergambar, husband panggil aku sekali.
Dah le cuaca panas. Kalau cair lemak, best gak.
So, habis sesi bergambar selepas makan tu, aku, mak mentua, kawan mak mentua, dan anak2 naik kereta aku. Adik aku Nana dan mak aku, satu kereta lagi, bertolak ke Melaka. Suami hantar aku hingga ke kereta. Pesan aku supaya drive carefully and call him anytime.
Aku kata, nak call, u le call. I segan kacau pengantin. Dia kata, takpe. Call je.
Dalam perjalanan, mak mentua beritahu aku, sebelum balik tadi, dia panggil cik Honey masuk bilik, and dah beri sepatah dua kata.
Mak pesan Honey, jaga hati aku, jaga hubungan dengan aku, dan sentiasa ingat pengorbanan aku.
Mak kata, dia cakap benda yang sama gak dengan suami aku.
Kawan mak mentua aku, tanya macamana aku boleh kuat masa suami aku nikah sedangkan dia sedih sangat masa tu. Geram pun ada sebab tengok muka menyadin suami aku tu.
Aku bagitau cik A, suami aku baik. Lagipun, cik Honey cakap, sepanjang dia kawan dengan suami aku. Suami aku tak pernah berkata apa2 yang tak baik pada aku. Suami sentiasa bagitau dia, sayang sangat kat aku, tak sanggup kehilangan aku. Dia akan tunggu sampai dapat persetujuan aku, dan kalau Honey sanggup, dia boleh tunggu sampai aku setuju. Kalau kena pilih juga, suami tetap pilih aku.
p/s: itu honey bgtau aku. Tapi, aku memang tak kuasa suruh dia buat pilihan. (bab ni, aku akan cerita akan2 datang)
Apalagi kepastian yang aku perlukan, orang yang bakal jadi madu aku, telah menegaskan betapa suami aku sayang aku.
Mak aku sendiri pun kata, kau takde kurang apa pun Long. Dah memang M nak tambah isteri.
Kalau tak dengan Honey yang ni, maybe Honey yang lain. Hahahaha. Aku bagitau yang sama kat mak mentua dan kawan dia tu, bila mak mentua aku cakap, tak tau le apa lagi Long nak (kami sama2 anak sulong, so mak aku panggil aku Long, mak dia pun panggil dia Long). Ada isteri yang boleh bawa ke tepi ke tengah, serba serbi pandai...
Aku gurau cakap, dia nak isteri yang kena sorok2 plak mak.... Kuang3x.
(ini cerita lama, masa aku suruh dia fikir kalau kawin sorok2, tak bagitau famili, cik Honey kesian, tapi kalau dapat anak nanti, anak2 lagi kesian. Tak kenal atok, nenek and all the extended family. Boleh suami aku jawab, biarle, itu pilihan dia. Dia tau I suami U.)
Tak mudah untuk aku yakinkan suami kenapa aku letakkan syarat2 aku tu. Kenapa salah satu syarat penting yang wajib, aku nak suami beritahu mak bapak dia.
Aku tak heran suami dan cik Honey. Tapi aku pentingkan hati anak2. Yang dah ada, and yang bakal lahir, tak kira le dari aku atau cik Honey.
Alamak, tersasar plak cerita....
Bila sampai Melaka, nak angkat barang2 turun kereta...
Baru rasa syahdu.
Coz baru teringat, sini le tempat 1st date and date2 seterusnya....
Nostalgia giler and kesedihan melanda.
Tengok hp, ada missed call berkali2 dari suami.
Segan nak call semula.
Aku sms tanya nape.
Dia kata xde apa, saja call nak tau dah di mana.
Aku kata baru sampai Melaka. Tengah nak check in.
If honey x kisah, u call le nanti, bila I da sampai bilik, aku bgtau suami.
Baru sampai bilik, lom sempat duduk. HP blink lagi (aku silentkan hp).
Suami tanya aku penat ke? Yela, drive bawak anak2 tanpa dia. Budak2 tu, kalau ngan aku, memang kurang saman sikit. Aku kata ok. Budak2 main game.
Then dia cakap I love You so much more.
Dan aku diam....
Dia tanya, nape yang, u tak jawab? U tak sayang I dah ke?
Aku hang up and anta sms.
Aku sms dia.
Aku kata, bukan tak sayang. Tapi aku taknak menangis depan adik dan anak sulong aku.
Aku sayang dia. Cuma, sekarang terasa sangat sedih. 16 tahun dulu, aku takkan terfikir aku akan berada di jalan yang ini. Pada masa sama, sebenarnya, aku dapat PM ke2, yang juga menyayat hati aku bila baca.
Suami pujuk aku. Lagi.
Kesian dia. Asyik kena pujuk aku kan.
Nak buat camne. Dengan Hormon, dengan nostalgia, dengan PM. tak termasuk soalan2 cepumas yang bakal aku depani esok (keesokan hari ada kenduri nenek aku nak ke umrah).
tetiba, aku rasa letiiiiiiiiiiih sangat.
Read More